Perbahasan Rang Undang-Undang Meminda Akta Sistem Insurans Pekerjaan 2017 oleh Ahli Parlimen Bukit Bendera YB Wong Hon Wai pada 25.07.2022
Video here: https://fb.watch/e-dtBJWyNN/
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya turut ingin menyertai perbahasan tentang rang undang-undang meminda Akta Sistem Insurans Pekerjaan 2017. Seperti yang dinyatakan Yang Berhormat Menteri, inti pati ialah menaikkan had maksimum ke boleh insurans amaun gaji pekerja daripada RM4,000 sebulan kepada RM5,000 sebulan.
Saya ingin mendapat satu penjelasan daripada Yang Berhormat Menteri. Sejak pelaksanaan Akta SIP ini, dari tahun 2017 atau tahun 2018, empat tahun lebih pelaksanaan ini, bagaimanakah assessment ataupun penilaian daripada segi kewangan sama ada funding ini boleh self-sustainable tanpa pelaburan tambahan daripada kerajaan? Ini penting kerana walaupun SIP ini, kali ini menaikkan had maksimum ke boleh insurans tetapi saya membaca bahawa pemakaiannya di bawah seksyen 22 akta asal, akta ini tidak terpakai bagi orang- orang yang diperihalkan dalam Jadual Pertama.
Dia tidak terpakai bagi mana-mana pekerja yang melebihi umur 60 tahun. Itu isu yang penting kerana seperti Tuan Yang di-Pertua, kita tahu bahawa selepas COVID-19 pengeluaran dibenarkan di bawah KWSP, i-Sinar dan sebagainya, ramai telah mengeluarkan wang persaraan mereka.
So, apakah perancangan retirement security ataupun sekuriti persaraan sekiranya SIP ini tidak cover untuk mereka yang berumur melebihi 60 tahun? Apabila mereka yang berumur melebihi 60 tahun hilang kerja, maka tidak dilindungi. Hari itu kita telah membahaskan pindaan terhadap Akta PERKESO, tidak juga dilindungi untuk mereka yang melebihi umur 60 tahun. Ini kerana pengeluaran KWSP yang begitu ramai mengeluarkan wang tersebut. Dijangkakan mereka perlu bekerja barangkali sampai umur 70 tahun. Bagaimana dengan retirement security kerana SIP tidak cover untuk mereka yang berumur melebihi 60 tahun.
Saya juga baca dalam Jadual Pertama ini, “mana-mana pekerja mencapai umur 57 tahun dan yang berkenaannya tiada caruman maka dia juga tidak dapat layak”. Saya rasa ini perlu diperbaiki.
*Cadangan oleh Tuan Charles Anthony Santiago [Klang]: “ Terima kasih, Yang Berhormat Bukit
Bendera. Tuan Yang di-Pertua, pada masa sekarang Yang Berhormat Bukit Bendera, peruntukan untuk retraining pekerja-pekerja telah hilang kerja hanya RM4,000. Ini tidak clear, tidak cukup.
So, saya minta pandangan Yang Berhormat Bukit Bendera supaya, masa sudah sampai kita untuk meningkatkan RM4,000 kepada RM10,000 supaya pekerja-pekerja yang harus memasuki retraining ini boleh mendapat retraining yang bagus dan canggih. Minta pandangan.”
—————————
Ya, terima kasih cadangan tersebut. Saya rasa cadangan tersebut boleh diberi perhatian serius oleh kerajaan. Ini kerana saya baca juga dalam surat akhbar bahawa terdapat begitu banyak false claims di bawah PenjanaKerjaya sehingga SPRM masuk RM423 juta false claims.
Walaupun Yang Berhormat Menteri hari itu telah menyatakan bahawa yang PERKESO lah yang membuat laporan SPRM dan sebagainya.
Akan tetapi, bagaimana, what is your internal governance, kawalan dalaman PERKESO sehinggakan RM423 juta false claims berlaku.
Saya ingin mendapatkan penjelasan dari Yang Berhormat Menteri juga, dalam jawapan Yang Berhormat Menteri kepada Yang Berhormat Kota Melaka bahawa Program JaminKerja, walaupun telah dibajetkan RM2 bilion bagi 300,000 orang tetapi hanya digunakan 1.23 percent sahaja, yang benefit 17 percent daripada sasaran sahaja.
Pada satu pihak, bajet memberikan RM2 bilion bajet untuk Program JaminKerja dan dalam satu pihak lagi PenjanaKerjaya — ketirisan, terdapat false claims lebih banyak dan satu pihak lagi dibawa hari ini SIP yang kita tidak meluaskan ruang lingkup (coverage) untuk SIP. Tadi saya kata umur 60 tahun. Saya baca juga ia tidak cover untuk domestic workers, pekhidmat rumah tangga tidak dilindungi di bawah SIP.
Begitu juga, pekerja yang bersifat sambilan, the gig worker — tidak ada protection under SIP. Juga, beberapa isu — umur yang belum mencapai umur 18 tahun juga tidak di- cover SIP.
Pada satu pihak, kerajaan memperuntukkan begitu besar dan Program JaminKerja yang tidak ada kawalan selia yang bagus. Pada satu pihak lagi pembaziran, false claims dan sebagainya. Pada pihak lain lagi, kita pula tidak meluaskan ruang lingkup lebih besar.
Saya cadangkan supaya meningkatkan umur daripada 60 tahun di bawah coverage SIP kepada sekurang-kurangnya 65 tahun ataupun 70 tahun supaya ia lebih membantu mereka yang warga emas yang terpaksa bekerja kerana tidak ada retirement security yang telah keluarkan wang KWSP untuk memberikan coverage kepada mereka.
Saya rasa pemuda-pemudi kita sudi untuk membayar supaya mereka yang berumur melebihi 60 tahun diberi perlindungan di bawah SIP ini. Saya meminta satu penjelasan daripada Yang Berhormat Menteri. Sekian terima kasih.
No comments:
Post a Comment